Friday 11 August 2017

Amalan Bahasa Rojak Dalam Kalangan Rakyat Malaysia




NAMA  :-

MUHAMMAD RADZUAN BIN RAJALI
02DGU15F1023
MUHAMMAD AZRUL BIN AZMI
02DGU15F1073
MUHAMMAD ADHAM BIN RADUAN
02DGU15F1049
AHMAD FATHAN BIN MD RIZAM
02DGU15F1045
MUHAMMAD RAHIMI BIN SAMURI
02DGU15F1061
MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHOHIMI
02DGU14F2021
MOHD AZRAI BIN AWANG KASANI
02DGU14F2027




PENGENALAN
Usaha memartabatkan bahasa melayu.
               Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasa pertuturan tersendiri, iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca lebih 600 tahun lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Malaysia telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan negara dan telah menjadi bahasa rasmi sejak merdeka. Pada tahun 1967, sepuluh tahun selepas merdeka, bahasa Malaysia menjadi bahasa kebangsaan bahasa rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, iaitu Perkara 152. Krisis baharu yang melanda bahasa Malaysia ialah rakyat negara ini semakin meminggirkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
             Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh masyarakat tentang kemampuan bahasa Malaysia sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku demikian kerana orang Melayu yang berkuasa telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu menyokong rancangan pembinaan kepustakaan bahasa Malaysia. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, janganlah terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus kemajuan, muflis dalam bidang ilmu, teknologi, dan budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri. Rata-rata, ibu bapa mendidik anaknya bertutur dalam bahasa Inggeris, kononnya jika tidak menguasai bahasa asing itu, mereka sukar mendapat pekerjaan.
             Mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama – sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
             Pemerkasaan Bahasa Malaysia di sekolah. Sikap pelajar yang sering menganggap bahasa melayu itu mudah kerana bahasa melayu itu bahasa pertuturan mereka seharian perlu dikikis sama sekali. Semua pelajar dan guru harus meletakkan bahasa melayu di tempat yang sewajarnya dalam segala hal di sekolah. Lantaran itu, mereka harus membiasakan diri menggunakan bahasa melayu yang betul, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan ini dapat memberikan kesedaran kepada mereka bahawa bahasa melayu yang betul sahaj harus digunakan. Cara ini dapat menanamkan semangat cinta kepada bahasa melayu.


PERANAN PELAJAR DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
              Pelajar-pelajar harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-bahan ini mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau dimanfaatkan tentu akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.
               Perkara yang paling penting dalam soal pemantapan bahasa si sekolah ialah peranan guru itu sendiri. Guru sering dianggap sebagai satu contoh terbaik yang menjadi ikutan pelajar. Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa melayu standard. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran, dan bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar. Seandainya guru sendiri tidak peka terhadap penggunaan bahasa melayu, pelajar apatah lagi.
               Bahasa melayu dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Nilai bahasa melayu menjadi tinggi kerana kebanyakkan kerja yang pesat berkembang di sector awam mewajibkan pemohonnya lulus sekurang kurangnya dengan kredit dalam bahasa melayu pada peringkat SPM. Semua urusan dengan kerajaan perlu menggunakan bahasa melayu. Generasi muda daripada pelbagai keturunan yang cekap dan fasih dalam bahasa melayu telah menerima bahasa tersebut sebagai bahasa mereka. Pensyarah di IPTA daripada pelbagai ilmu mempelajari dan menguasai bahasa melayu untuk menyampaikan kuliah. Mereka menguasai istilah dan konsep dalam bahasa melayu dan menterjemahkannya bahan-bahan pengajaran daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa melayu.
                 Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum, simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab , penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan ,ulasan dan apa sahaja yang membawa kepada pemantapan bahasa.
                 Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa  yang dibentuk dapat membina jati diri  bangsa. Pelajar IPTA boleh menjawab soalan peperiksaan dalam bahasa melayu. Disertai sarjana dan doctor falsafah juga boleh ditulis dalam bahasa melayu. Semua ini membawa perkembangan dan pengayaan yang besar terhadap bahasa melayu di Malaysia.

CABARAN BAHASA MALAYSIA DALAM ERA GLOBALISASI
   Pada tahun 2020, Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara yang maju, meninggalkan tarafnya sebagai Negara membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada perkembangan fizikan dan terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan kualiti hidup dan jati diri bangsa.
              Unsur-unsur ini tidak semestinya meembina jati diri atau bangsa yang dikehenaki kerana proses yang ada pada masa itu adalah proses yang paling sesuai yang dipanggil osmosis, merujuk nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang berpengaruh. Salah satu yang bakal disebut melalui proses osmosis itu nanti ialah menerusi mencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat kemelayuan mereka.
               Seperti yang telah disaksikan belakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak mengubah cara hidup lama. Antaranya ialah hidup dengan computer dan internet. Kini, berita dikirim melalui email dan sms . dua istilah yang sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai yang berurus niaga melalui internet. Perkataan baru yang sering memasuki perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu. Bahasa melayu dituturkan separuh melayu separuh inggeris, di kalangan sector swasta pertuturannya adalah lebih kurang 70% dalam bahasa inggeris dan hanya 30% dalam bahasa melayu, dalam keadaan lintang pukang. Dan secara ketara, pendidikan Negara mula disalut dengan perantaraan media baru, iaitu bahasa inggeris.
              Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersedialah kita mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin? Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat. Dalam perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa melayu. Cuma kali ini ditambah sedikit kaitannya dengan scenario global. Sebenarnya memperkatakan tentang bahasa melayu seolah olah kita memperkatakan satu-satunya aspek atas orang melayu itu sendiri. Survival melayu di peringkat yang maju dan beridentiti juga mencerminkan bangsa melayu khususnya dan bangsa Malaysia amnya, Cuma bangsa Malaysia adalah igauan yang hendak dicapai.

USAHA-USAHA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
                Dalam dunia korporat, orang-orang Melayu sendiri malu untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dengan bangsanya sendiri, kononnya takut dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak bertamadun atau tertinggal dalam arus teknologi moden. Bangsa kita tidak terdesak untuk mencipta ilmu dan teknologi baharu kerana ilmu itu dapat diperoleh dan dibeli dari dunia lain sama ada dari barat atau timur sehingga bahasa Malaysia menjadi peniru atau pengguna. Kita janganlah menuding jari kepada sesiapa jika bahasa Malaysia dipinggirkan kerana kita sendiri yang enggan atau malu untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa sains dan teknologi, bahasa pencipta ilmu dan budaya atau bahasa bertamadun tinggi. Masyarakat kita sendiri lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan, malah dalam perbualan seharian sesama sendiri, kita lebih berminat menggunakan bahasa Inggeris walaupun penguasaan bahasa Inggeris kita tidaklah sebaik mana.
             Selain itu, dasar penswastaan yang tidak terhad semakin menyingkirkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di institusi-institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar di sekolah menerima pendidikan bahasa Malaysia selama tiga belas tahun. Selepas itu, mereka meninggalkan bahasa itu selepas tamat persekolahan untuk melanjutkan pelajaran mereka ke kolej swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajiannya.
             Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini, kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu program pendidikan di pusat pengajian tinggi.
                Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah juga menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan Komanwel dan Koridor Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya menggunakan bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.
                Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia. Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih terus menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi dan begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan. Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.
           Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Timbalan Menteri Pelajaran, beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.
               Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa Malaysia. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain. Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu di¬terapkan melalui pendidikan bahasa.
             Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.
               Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika tidak siapakah lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu pertemuan raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin politik, cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk membincangkan segala masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini. Sebenarnya, isu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib sosial dan budaya kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang Malaysia haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi tonggak bangsa.
                   Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang terbaik untuk memartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

CARA-CARA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
          Menurut Kamus Pelajar, melestarikan bermakna membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala. Sejak kebelakangan ini, ramai orang malu untuk menggunakan bahasa ibunda kami iaitu Bahasa Melayu. Ini menjejaskan imej negara kita kerana Bahasa Melayu adalah bahasa nasional kita. Mengapakah hal ini berlaku? Apakah cara-cara yang kita boleh lakukan untuk melestarikan bahasa ibunda kita?
           Kita boleh mulakan dengan sumbangan individu. Seorang individu yang berbahasa Melayu boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu di rumah ataupun di sekolah. Kita juga harus menunjuk minat kita terhadap Bahasa Melayu dan sering melibatkan diri kita dalam aktiviti bahasa di rumah. Sebagai seorang pelajar, kita harus menanam minat untuk mempelajari bahasa Melayu, jika tidak kita akan menghadapi kesusahan dalam pertuturan bahasa Melayu apabila kita telah menjejaki usia seorang dewasa. Untuk menanam minat ini, kita boleh menganjurkan permainan bahasa dengan keluarga saling saudara-mara.
             Kedua, kita boleh melibatkan diri dalam komuniti kita seperti di sekolah atau badan-badan lain yang relevan. Contohnya di sekolah, kita boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan Bahasa Melayu dan bagaimana ia melambangkan jati diri Bahasa Melayu di dalam kelas. Kita boleh menjalani program sekolah seperti bengkel-bengkel yang mempromosikan Bahasa Melayu. Seorang pelajar itu juga boleh menjalankan pelajaran Bahasa Melayu lebih menarik untuk menanamkan minat dalam Bahasa Melayu dan mengadakan aktiviti luar kelas. Sumbangan kepada komuniti lebih senang untuk dilakukan kerana kita lebih mengenal oranng-orang sekitar kita.


           Akhir sekali, negara seorang individu itu juga boleh memainkan peranan dalam isu ini dengan bertutur dalam bahasa Melayu apabila mereka ke negara lain untuk perbincangan mereka. Kerajaan negara itu juga boleh membuat kempen di dalam negaranya sendiri melalui media massa yang sering digunakan oleh remaja masa kini.

Tuesday 22 December 2015

Testing The Blog

Hello.. This is new blog.. This blog was created for educational purpose..